Welcome!    Register now    Login
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Webmailll AJK

Menu Utama
Khatib Jumaat (Januari)

 

 Jumaat Minggu Pertama

7 Januari 2022

Ybhg Ustaz Shah Shanmugam

Jumaat Minggu Kedua

14 Januari 2022

Ybhg Tuan Hj Mohmad Nasrudin Hj Ismail 

Jumaat Minggu Ketiga

21 Januari 2022

Ybhg Ust Fizal Chik

Jumaat Minggu Keempat

28 Januari 2022

Ybhg Tuan Syeikh Dr Hazli Ismail

 

 


Kuliah Maghrib Mingguan

Sabtu

Ust Mohd Rizal Simanjuntak

Ahad

Ust Roslan Abdul Kadir Al Hafiz

Isnin

Ust Faizal Chik

Selasa

Ust Abdullah Azraei Hj.Zainal Abidin

Rabu

Ust Hj.Salleh Yusuf

Jumaat

Ust Hasan Basri


Kuliah Tamu

  27 Januari 2022 (Khamis) 

Ybhg TG Nik Radhi Nik Mat

Slot : Kuliah Maghrib

28 Januari 2022 (Jumaat)

Ybhg Ustazah Asma Harun

Slot : Kuliah Maghrib

 

 

 

    

 

 


Kuliah & Tazkirah Bulanan (Januari)

 

Minggu Pertama 7/1/2022 

 Kuliah Subuh 

Ybhg Ust Radhi Abu Bakar

Minggu Kedua 14/1/2022 

 Kuliah Subuh 

Ybhg Ust Ehsan Mohd Sabri

Minggu Ketiga 21/1/2022

Kuliah Subuh/Khatib Jumaat/Tazkirah Jumaat

Ybhg Ust Faizal Chik

 

Minggu Keempat 28/1/2022

Kuliah Subuh/Khatib Jumaat/Tazkirah Jumaat

Ybhg Ustaz Dr Hazli Ismail

 

 

 

 

 


ALBUM MASJID
Laman ini masih dalam pembinaan, harap maaf diatas sebarang kekurangan dan kesulitan yang timbul.

   

  

                                                                    Banjir: Jumlah mangsa di Melaka meningkat, keadaan di Selangor semkin pulih

Musibah Penghapus Dosa

 

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” (Sahih Bukhari No: 5641)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.

2. Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila diuji dengan penyakit dan keletihan, kesedihan, mahupun kesusahan.

3. Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.

4. Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.

5. Dosanya terampun walaupun kesakitan itu hanya akibat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh seseorang.

Marilah kita menghadapi kesusahan, kepayahan, kesedihan mahupun kesakitan dengan bersabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

https://people.utm.my/ajmain/2019/12/20/musibah-penghapus-dosa-2/

                                                                                     DAKTA MEDIA on Twitter: ""Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan,  penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang  menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari  kesalahan-kesalahannya" (HR Bukhari no.5641 ...

DISEBALIK MUSIBAH TERSEDIA GANJARAN KEBAIKAN

Dari Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW., baginda bersabda, "Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, sakit, kesusahan, kesedihan, kegundahan dan kegelisahan hinggalah duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dosa-dosanya."

Rasulullah SAW menjelaskan menerusi hadith ini  bahawa seseorang Mukmin itu dalam keadaan apapun situasi        kehidupannya ia tetap akan memperolehi kebaikan di sisi Allah SWT biarpun sesuatu yang menimpa atau dihadapinya itu adalah perkara yang tidak diingininya seperti keletihan, sakit, kesedihan, kegelisahan dan sebagainya bahkan sampai duri yang menusuknya, kerana Allah SWT hendak menghapuskan sebahagian dosa dan kesalahannya. Namun, dengan syarat ia hendaklah menghadapi semua itu dengan perasaan redha dan  sabar. 

Segala musibah yang menimpa manusia dalam kehidupannya di dunia ini sudah ditakdirkan Allah SWT. Allah menakdirkan sesuatu menurut kehendaknya.  Setiap Mukmin harus meyakini bahawa segala musibah yang menimpa manusia mengandungi hikmah yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Yang pasti setiap Mukmin akan menghadapi beraneka bentuk ujian sepanjang kehidupan ini. Allah SWT berfirman : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja (dengan mengatakan); “Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”(al-Ankabut : 2-3).

Banyak rahsia ciptaan Allah yang tidak dapat diselami atau dijangkau oleh pemikiran manusia. Yang pasti semua itu menghendaki manusia berfikir tentang betapa besarnya kekuasaan Allah SWT. Ada manusia yang diciptakan Allah SWT sempurna tubuh badannya, ada pula yang cacat anggotanya. Ada manusia yang kaya, ada pula yang miskin, ada manusia yang berkulit hitam, ada yang berkulit putih. Ada manusia yang dikurniakan kekayaan harta namun ketiadaan anak atau zuriat, sebaliknya ada yang hidup sederhana namun dikurniakan  anak yang ramai dan berjaya.

Allah memberikan ujian dan menimpakan musibah kepada hamba-Nya bukan bermakna Allah membencinya, kerana Allah bersifat Maha Pengasaih dan Penyayang. sebaliknya mengandung maksud untuk kebaikan hamba itu sendiri kerana      mungkin dengan cara demikian akan memberinya kesedaran, keinsafan, mengajarnya bersabar dan lebih mendekatkan diri hamba itu kepada-Nya.

Sebab itu orang beriman tidak boleh sama sekali merasa tidak puas hati, merungut atau merasa ketidak adilan Allah SWT dalam mentaqdirkan perjalanan kehidupan manusia kerana Allah lebih mengetahui hal ehwal penciptaannya. Allah SWT berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuaitu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(al-Baqarah : 216).

 

Oleh: Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid

Who is Online
5 user(s) are online

Members: 0
Guests: 5

more...
Kuliah Bulanan ( Januari )

 Ybhg Dato' Mursyid Di Raja Mohamad Badarudin Ahmad 

Hari Rabu Minggu Kedua Setiap Bulan

Tarikh : 12 Januari 2022

 

 

 

 

Kalender Hijrah 1434
Search
Mini Calendar
« »
Su Μο Tu We Th Fr Sa
26 27 28 29 30 31 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 01 02 03 04 05
Views:

LAWATAN

13.08.2018
WAKTU SOLAT