Mengenai Kami

MASJID ALBUKHARY

Masjid Albukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.

 

KEMUDAHAN / FASILITI

Masjid ini mempunyai keluasan 4.96 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan berikut :

1) Ruang solat yang dapat menampung seramai 15,000 orang dalam satu satu masa.
2) 8 buah bilik pengajian
3) 5 bilik wuduk lelaki dan wanita
4) Bilik pengurusan jenazah
5) Bilik imam

6) Bilik mesyuarat
7) Pejabat pengurusan

8) Kemudahan untuk orang yang kurang upaya seperti tandas khas dan 2 unit lif

9) Galeri Masjid Albukhary

 

 SENIBINA MASJID


1) Mihrab : Mihrab merupakan salah satu ciri utama sesebuah masjid. Senibina mihrab masjid ini

dirujuk kepada senibina zaman silam yang terdapat di Khanaqah (Makam) Sheikh Abdul Samad yang dibina

di Natanz Iran dalam tahun 1306 (706H) dizaman IL-Khanid.
 

Slide1.JPG

 

 

 

2) Menara : Rekabentuk menara berdasarkan senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan

ketinggian 47.92 meter dari paras tanah.
 

Slide3.JPG

 

 


 

3) Mimbar : Senibina mimbarnya diambil daripada replika mimbar yang terdapat di Masjid Qiblatain Madinah dan

 Mimbar Mamluk di Masjid Qaitbay, Kaherah Mesir. Mimbar ini diperbuat daripada kayu jenis Burma Teak.
 

 

Slide2.JPG

 

 

 

 

4) Kubah : Masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama. Kubah utama terletak ditengah-tengah ruang solat utama

dengan saiz 14 meter garis pusat.  Sekeliling luar kubah ini dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Alhadid ayat 1-8.

Manakala dalamnya pula dihiasi dengan kalimah Asma Ulhusna.

Slide4.JPGSlide5.JPG

 

 

5) Dataran : Senibina dataran khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina

yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

 

 

 DATARAN_MAB.jpg

 

 

 

This article comes from Masjid Albukhary
http://masjidalbukhary.com

The URL for this story is:
http://masjidalbukhary.com/modules/content/index.php?id=1