Sistem Pengurusan A-Qaryah

Sistem Pengurusan A-Qaryah

Modul sistem A-Qaryah ini adalah merupakan satu sistem pengurusan untuk kegunaan Pegawai, Ahli Jawatan Kuasa dan ahli qaryah masjid Albukhary, Alor Malai.Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary mengenalpasti semua anak-anak qaryah yang bermastautin dan bermukim di dalam qaryah Alor Malai. Permohonan pendaftaran anak-anak qaryah boleh dibuat secara atas talian (online).

Sistem ini memerlukan setiap anak qaryah menyatakan maklumat yang diperlukan oleh pihak masjid saperti nama penuh, umur, alamat tempat tinggal, senarai nama ahli-ahli tanggungan dan sebagainya.

Melalui maklumat yang di sampaikan oleh anak-anak qaryah, sistem A-Qaryah akan mengklasifikasikan ahli-ahli qaryah mengikut kategori saperti hidup@meninggal, miskin, wajib solat jumaat, anak yatim, ibu tunggal/janda, warga emas. Sistem ini juga akan memudahkan pihak pengurusan mengenalpasti dengan cepat ahli-ahli qaryah yang memohon untuk proses pengkebumian dikawasan perkuburan masjid Albukhary dan juga untuk proses pra pendaftaran pernikahan.

Sistem A-Qaryah juga boleh digunakan oleh surau-surau yang terdapat dalam qaryah Alor Malai. Maklumat yang disalurkan kepada sistem ini akan dibahagikan mengikut surau dan AJK Surau boleh memanafaatkan maklumat yang ada untuk kegunaan bersama.

Beberapa program kebajikan untuk anak-anak qaryah telah dirancang apabila ahli-ahli qaryah telah mendaftar dengan sistem ini. Antaranya:-


                        1. Sumbangan Kematian 
                        2. Anugerah Kecemerlangan Dalam Pendidikan
                        3. Sumbangan Penyakit Kritikal Yang Sukar di ubati
                        4. Di timpa musibah (spt kebakaran, rumah ditimpa pokok dsb)
                        5. Bakal haji (untuk kali pertama)

Sehubungan dengan itu, semua anak-anak qaryah seharusnya mendaftar sebagai anak qaryah masjid Albukhary melalui sistem ini untuk mendapat kemudahan yang ditawarkan oleh pihak jawatankuasa pengurusan masjid dari masa kesemasa.


Jom kita pi daftar…..jangan tak daftar….rugi masa depan anda…..maklumat lanjut sila hubungi mana-mana ahli jawatankuasa pengurusan masjid atau di telefon    04-7352504 (Pejabat Masjid Albukhary)

Jom la kita p masjid!!

Pautan ke Sistem A-Qaryah

This article comes from Masjid Albukhary
http://masjidalbukhary.com

The URL for this story is:
http://masjidalbukhary.com/modules/content/index.php?id=10