Welcome!    Register now    Login
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Webmailll AJK

Menu Utama
Khatib Jumaat (Januari)

 

 Jumaat Minggu Pertama

6 Januari 2023

Ybhg Ustaz Akmal Omar

Jumaat Minggu Kedua

13 Januari 2023

Ybhg Tuan Hj Mohmad Nasrudin Hj Ismail

Jumaat Minggu Ketiga

20 Januari 2023

Ybhg Ust Faizal Chik

Jumaat Minggu Keempat

27 Januari 2023

Ybhg Tuan Syeikh Dr Hazli Ismail

 

 


Kuliah Maghrib Mingguan

Sabtu

Ust Mohd Rizal Simanjuntak

Ahad

Ust Roslan Abdul Kadir Al Hafiz

Isnin

Ust Faizal Chik

Selasa

Ust Abdullah Azraei Hj.Zainal Abidin

Rabu

Ust Hj.Salleh Yusuf

Jumaat

Ust Hasan Basri Abdullah

 


Kuliah Dzuha & Kuliah Tamu (Januari)

Tarikh : 03/10/17/24 Januari 2023

Hari : Selasa (Kuliah Dzuha)

Ybhg Dato' Syeikh Ahmad Fisol Hj Omar

Tarikh : 12 & 26 Januari)2023

Hari : Khamis (Kuliah Dzuha)

Ybhg Dato' Mursyid Diraja Syeikh Ahmad Badarudin Hj Ahmad

Tarikh : 5 & 19 Januari 2023

Hari : Khamis (Kuliah Dzuha)

Ybhg Ustazah Marzdiah Zakaria

 

 

 

 

    

 

 


Kuliah & Tazkirah Bulanan (Januari)

 

Minggu Pertama 2/1/2023 

 Kuliah Subuh 

Ybhg Ust Radhi Abu Bakar

Minggu Kedua 13/1/2023 

 Kuliah Subuh 

Ybhg Ust Ehsan Mohd Sabri

Minggu Ketiga 20/3/2023

Kuliah Subuh/Khatib Jumaat/Tazkirah Jumaat

Ybhg Ust Faizal Chik

 

Minggu Keempat 23/7/2023

Kuliah Subuh/Khatib Jumaat/Tazkirah Jumaat

Ybhg Ustaz Dr Hazli Ismail 

 

 

 

 

 

 


ALBUM MASJID
Laman ini masih dalam pembinaan, harap maaf diatas sebarang kekurangan dan kesulitan yang timbul.

Awal tahun: Bagaimana al-Quran meluruskan cara fikir

ALLAH S.W.T berfirman:

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.”  (al-Israk: 12)

Sejarah kalendar Masihi

Dalam sejarah, kalendar Masihi yang digunakan pada hari ini mempunyai beberapa perubahan. Ia bermula dengan Kalendar Rom. Kemudian Kalendar Julian, dan seterusnya Kalendar Gregorian. 

Kiraan Kalendar Rom dikatakan diambil dari Greek. Musim sejuk tak dimasukkan dalam kalendar. Menjadikan kalendar itu hanya 10 bulan sahaja. 2 bulan musim sejuk tak masuk dalam kalendar.

Kemudian, pada zaman Julius, beliau menambah menjadi 12 bulan. Hasil saranan pakar astronomi Mesir. Iaitu kiraan berdasarkan pusingan bumi mengelilingi matahari sebanyak 365 hari.

Namun, pada zaman Pope Gregious XII, musim bunga yang dijangka pada tahun itu, terlajak 3 bulan. Menyebabkan beliau update kalendar itu. Sejak 1582 Masihi, inilah yang digunakan sehingga kini.

Kalendar Hijri

Kalendar Hijri mula dicetuskan pada zaman Saidina Umar al Khattab R.A. Perbincangan di kalangan para Sahabat R.A ketika itu merujuk kepada al-Quran dan Hadis. Cumanya, nama-nama bulan Muharram sehinggalah Zulhijjah semenangnya diguna-pakai oleh masyarakat Arab sejak sekian lama. Ia merujuk kepada ketetapan-ketetapan mereka.

Contoh Muharram merujuk kepada bulan yang diharamkan (dilarang) daripada pertumpahan darah. Safar bermaksud ‘kosong’ iaitu satu tempoh, masyarakat Arab akan mengosongkan rumah mereka, keluar mencari bekalan.

Begitulah bulan-bulan seterusnya. Nama-nama ini diteruskan pada zaman Nabi S.A.W. Cumanya, Baginda S.A.W ada memberi panduan-panduan kiraan tarikh.

Antaranya Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.”

Selain itu Nabi S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya umatku adalah umat yang ummiy, tidak pandai menulis dan mengira, bulan itu begini dan begini (bermaksud sekali 29 dan sekali 30).

Ringkasnya, perbincangan yang dianjurkan pada zaman Saidina Umar R.A melahirkan satu keputusan. Iaitu Kalendar Hijri ditetapkan berdasarkan Hijrah Nabi S.A.W ke Madinah, mengandungi 29 atau 30 hari, dan mempunyai 12 bulan.

Perbincangan

Perbezaan kedua-dua kalendar ini ialah Kalendar Hijri dikira berdasarkan bulan, dan mengikut panduan wahyu. Manakala Kalendar Masihi berdasarkan matahari. Ia bermula dengan kajian manusia terhadap alam semesta (astronomi).

Kiraan mengikut bulan lebih mudah kerana bulan boleh dilihat pada malam hari. Kiraannya boleh dianggarkan dengan bentuk bulan. Seperti purnama, separa dan sabit.

Bulan sabit yang paling halus menandakan masuknya bulan baru. Atau dipanggil anak bulan. Manakala bulan purnama pula biasanya pertengahan bulan.

Ibaratnya Allah S.W.T menyediakan kalendar besar di atas langit, yang boleh ditonton oleh sesiapa sahaja. Berbeza dengan matahari, yang tak boleh dilihat dengan mata biasa. Silau kut.

Walau bagaimanapun, tidaklah haram untuk menggunakan kalendar Masihi. Bahkan, di dalam al-Quran sendiri mensarankan manusia yang berakal, untuk kaji langit.

Cumanya, kiraan manusia daripada Kalendar Rom, Julian dan Gregorian menggambarkan bahawa kajian manusia semata-mata tidak terlepas daripada kesilapan. Biasalah.

Ideologi yang mendewakan objek langit

Banyak ayat al-Quran menceritakan mengenai bulan dan matahari. Kedua-duanya terkait dengan kiraan untuk menentukan kalendar. Ia menjadi sebahagian bukti kekuasaan Allah S.W.T.

Bahkan, setiap hari matahari terbit dan muncul pula bulan, pada waktu yang seragam. Keseragaman ini memudahkan manusia untuk menyusun atur jadual, dan perancangan hidup.

Keterangan ini lebih meluruskan minda kita, berbanding kepercayaan masyarakat terdahulu yang mendewakan objek langit. Contohnya kaum Nabi Ibrahim A.S yang berfahaman sabaisme, yang mendewakan objek langit.

Begitu juga fahaman seperti polytheisme yang menganggap bahawa tuhan tu berbilang bilang. Fahaman seperti inilah yang menyongsangkan pemikiran manusia daripada mengenali Tuhan yang sebenar.

Sebab itulah, panduan wahyu meluruskan cara manusia berfikir. Iaitu supaya manusia berfikir dengan betul, selaras dengan akal yang dikurniakan olehNya.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2023/01/04/awal-tahun-bagaimana-al-quran-meluruskan-cara-fikir/

                                                                      Sambutan Maulidur Rasul – Zikri Husaini

Soal Jawab Berkaitan Maulidur Rasul

  1. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul?

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.

(Riwayat Muslim)

Salah satu tanda seseorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

  1. Apakah amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul?

Antara amalan yang boleh untuk dilakukan adalah berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.

(Riwayat Muslim)

Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari  ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.

Berselawat juga antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau, di samping dapat solat fardu berjemaah. Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”

                        (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Ini antara amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul. Meskipun sambutan tersebut merupakan perkara yang baik, namun mestilah dipastikan ianya menepati syariat Islam baik dari sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

  1. Terdapat pandangan yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul termasuk di dalam perkara bida’ah yang mesti dielak?

Imam al-Suyuti meriwayatkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii. Imam al-Syafii berkata: Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk :

  1. Perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulamak salaf dan ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang sesat
  2. Jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulamak Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang tidak tercela.

Oleh itu, berdasarkan pandangan ini sambutan Maulidur Rasul tidak termasuk di dalam perkara bid’ah (perkara baharu) yang menyesatkan. Selagimana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

  1. Mengapa tiada sambutan Maulidur Rasul pada zaman Sahabat dan golongan salaf?

Ketika masyarakat Islam semakin jauh dari zaman Rasulullah SAW, maka umat Islam juga semakin jauh dari ilmu dan sirah yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah SAW. Juga kesan dari perkembangan ilmu barat yang menghakis nilai-nilai Islam sehingga tersebar pandangan-pandangan songsang seperti fahaman Liberalisma, Pluralisma dan fahaman-fahaman lain. Maka muncul para ilmuwan Islam yang ingin memupuk rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan meletakkan tarikh kelahiran baginda sebagai hari sambutan Maulidur Rasul.

Adalah tidak wajar menilai sesuatu dengan hanya beralasan para salaf tidak melakukan adat dan tradisi sambutan Maulidur Rasul tanpa melihat perbezaan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam antara dua zaman yang berlainan dalam memupuk kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam masyarakat.

https://www.mais.gov.my/maulidur-rasul/

 Pantun & Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam 1444H/2022M

HARI ASYURA (10 MUHARRAM) - ANTARA KEBENARAN DAN KESESATAN

Saban tahun apabila menjelang bulan Muharram, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharram dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan. Apakah keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke 10 dalam bulan Muharram? Jika mengimbau kembali puluhan tahun yang lalu, sudah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia apabila tibanya 10 Muharram, maka kebanyakan dari Ahli Jawatankuasa masjid dan surau bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyediakan juadah khusus yang memang terkenal iaitu Bubur Asyura untuk diagih-agihkan kepada orang ramai. Itulah antara adat atau tradisi yang baik yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia bahkan tradisi ini masih wujud sehingga ke hari ini disamping melakukan amal ibadah khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu berpuasa.

Adakah puasa yang dilakukan oleh umat Islam pada 10 Muharram merupakan adat tradisi atau sebaliknya? Ini Kerana ada juga di antara umat Islam yang menganggap ibadah puasa sunat pada hari tersebut sengaja diada-adakan dan tidak ada dalam Islam. Malang sekali, kerana ada segelintir dalam kalangan umat Islam di Malaysia telah membawa masuk ajaran menyeleweng syiah ketika sambutan 10 Muharram dengan memukul-mukul dada sambil mengalunkan lagu-lagu dengan senikata untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia, kononnya untuk mengenang kembali peristiwa Karbala.

 Jika ditinjau lebih jauh, terdapat umat Islam di beberapa negara Asia Barat yang menyambut hari ‘Asyura’ (10 Muharram) dengan memukul-mukul badan-badan mereka dengan menggunakan senjata tajam seperti pedang, pisau dan alatan lain sehingga luka dan mendatangkan kecederaan yang parah. Malah kanak-kanak dan bayi kecil yang tidak tahu apa-apa turut  menjadi mangsa kerakusan ajaran yang jauh tersimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Adakah amal perbuatan sebegini dianjurkan oleh Islam?   Sedangkan Islam adalah agama Rahmatan Lil A’lamin (rahmat bagi sekelian alam) yang melarang umatnya daripada membinasakan dan mencederakan diri sendiri demi mendapatkan ganjaran dan keredhaan serta rahmat dari Allah SWT.

Mengimbau semula sejarah 10 Muharram yang dirujuk kepada hadis-hadis Rasulullah SAW adalah penting bagi mencari kebenaran dan merungkai keraguan ummah seterusnya memastikan amalan yang dilakukan oleh umat Islam hari ini bertepatan dengan kehendak syariat Islam dan menjauhi perkara atau amalan yang sengaja diada-adakan.

Salah satu daripadanya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda SAW melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’, lalu Baginda bertanya: Apakah ini?. Mereka menjawab:  Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa Lalu Baginda SAW bersabda: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu, maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

Selain itu terdapat sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada oleh Syaidatina Aisyah R.A bermaksud; “Hari ‘Asyura adalah suatu hari yang mana orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi SAW berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, baginda bersabda mafhumnya: Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)”. (Riwayat: al-Bukhari dan Muslim)

Inilah di antara contoh hadis-hadis sahih yang menyebut tentang amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram). Dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura’ merupakan suatu perkara yang wajib sebelum difardhukan puasa Ramadhan. Apabila puasa Ramadhan difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ia tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut.

Malahan berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana  hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda: “Puasa hari ‘Asyura’ itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (Riwayat: al-Tirmizi).

Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ atau 10 Muharram merupakan sunnah Nabi SAW. Rasulullah SAW tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan dan membinasakan diri, apatah lagi menganjurkan kepada umatnya untuk melakukan sedemikian. Ternyata amalan atau perbuatan melukai diri dan memukul dada serta perbuatan yang boleh memudaratkan diri dan orang lain, bukanlah datangnya daripada sunnah Rasulullah SAW. Sebaliknya, ia adalah amalan yang menyesatkan.  Sekiranya ada amalan sebegini daripada Rasulullah SAW, maka adalah lebih afdal Rasulullah SAW meminta para sahabatnya untuk mengingati para syuhada yang mati syahid dalam peperangan Badar, Uhud dan peperangan lain. Contohnya, Saidina Hamzah RA yang digelarAsadullah (Singa Allah), yang syahid dalam peperangan Uhud. Mengapa tidak ditemui hadis-hadis yang menganjurkan amalan sedemikian jika itulah kebenarannya seperti yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini ketika tibanya hari ke sepuluh dalam bulan Muharram?

Ternyata jika umat Islam tidak berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka mudahlah mereka hanyut mengikut jalan-jalan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia dari jalan kebenaran. Tidak ketinggalan juga ada di antara umat Islam yang menolak Hadis dan sekaligus menolak amalan berpuasa dan  kelebihan yang ada pada hari kesepuluh dalam bulan Muharram kononnya kerana ia tidak terdapat dalam al-Quran.

Justeru, umat Islam hendaklah kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar. Ibubapa hendaklah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka mendapat didikan agama yang sempurna agar menjadi benteng daripada pengaruh ajaran dan pemikiran sesat khususnya di Malaysia. Sama-samalah kita mencari keberkatan dengan berpuasa sunat bukan sahaja pada 10 Muharram tetapi dianjurkan juga berpuasa pada 9 Muharram berdasarkan hadis:

“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! ‘Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat”. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati umat Islam dengan amalan-amalan yang diredhainya dan menjauhkan dari perkara-perkara yang menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

https://www.mais.gov.my/hari-asyura-2/                                           

Who is Online
6 user(s) are online

Members: 0
Guests: 6

more...
Kuliah Bulanan ( Januari)

 Ybhg Dato' Mursyid Di Raja Mohamad Badarudin Ahmad 

Tarikh :  11 Januari 2023

Hari : Rabu 

Slot : Kuliah Maghrib

 

 

 

 

Kalender Hijrah 1434
Search
Mini Calendar
« »
Su Μο Tu We Th Fr Sa
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 01 02 03 04
Views:

LAWATAN

13.08.2018
WAKTU SOLAT